Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Tuhan berdevolusi menjadi manusia, manusia berevolusi menjadi tuhan

Imej
Saya memahami mengapa kebanyakan Muslim tidak mempercayai teori evolusi Darwin yang mengatakan manusia dan monyet itu mempunyai leluhur sepunya (common anchestor). Saya sekarang pun sedang membaca buku dan artikel serta menonton apa sahaja yang berkaitan dengan evolusi ini. Kita mahu mempercayai bahawa kita adalah makhluk istimewa yang dicipta untuk mempunyai tujuan hidup di dunia ini. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara random atau rawak, mana mungkin manusia itu istimewa dan tuhan itu tidak wujud. Dalam entri saya bertajuk Meneroka idea-idea penciptaan manusia , saya menyentuh sedikit tentang kewujudan teori yang bertentangan dengan teori evolusi oleh Darwin iaitu Intelligent Design. Mengikut Intelligent Design (ID), kejadian manusia dikatakan bukan berevolusi daripada proses pemilihan semula jadi tetapi berlaku disebabkan reka bentuk pintar. Walaupun pendokong ID yang mendokong sains tidak secara langsung menyebut tuhan, secara tidak langsung sesuatu reka bentuk pintar memerlukan p

Politik kalimah Allah

Imej
Kecoh apabila kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menarik balik rayuan dalam kes mahkamah tentang penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Maka berduyunlah parti politik berasaskan Melayu dan Islam, persatuan-persatuan, lebai, dan warga maya yang membantah penarikan balik rayuan kerajaan ini dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama. Kononnya umat Melayu Islam akan menjadi keliru dan menukar agama kepada agama Kristian kerana Bible dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah untuk tuhan. Alkisah isunya bermula pada era Mahathir Apa yang saya faham, isunya bermula pada zaman pemerintahan Mahathir Muhammad pada tahun 1986. Kabinet pada masa itu membenarkan penganut Kristian menggunakan beberapa perkataan seperti syukur, doa, iman, ibadah oleh penganut agama Kristian. Sementara empat perkataan Arab iaitu Allah, Baitullah, Kaabah dan solat, tidak dibenarkan. Tetapi hendaklah ditulis "Untuk agama Kristian" pada kulit muka depannya. Namun pada tahun sama, Kementerian Dal

Meneroka idea-idea penciptaan manusia

Imej
Topik kali ini berkaitan penciptaan alam, terutamanya manusia. Sekurang-kurangnya ada dua teori utama dalam hal ini iaitu creationism dan evolusi Darwin. Jujurnya saya masih kurang berpengetahuan mengenainya tapi saya perlu mencatat dan memulakannya perbincangan mengenainya kerana ia ada berkaitan dengan pencarian makna dan tujuan kehidupan bagi kebanyakan orang. Tulisan ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, bukannya satu tulisan akademik.  Tulisan ini lebih kepada galakan untuk kita terus mencari dan mempersoalkan perkara-perkara yang masih belum terjawab kerana tidak dapat dibuktikan. Mana mungkin kita dapat mendapat jawapan evolusi satu spesis selama berjuta-juta tahun kepada suatu spesis yang lain kerana hayat kehidupan kita pun secara puratanya tidak mencecah 100 tahun. Begitu juga manusia masih tidak dapat membuktikan kewujudan satu kuasa agung yang mendakwa bahawa dia seorang yang menciptakan manusia dan alam ini selain daripada kata-kata dan tulisan daripada buku-buku lama