Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel akhir zaman

Kasta manusia dan malapetaka dunia

Imej
Pertama sekali takziah dan simpati kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria. Baiklah ke tulisan saya kali ini ada berkaitan dengan Turki dan malapetaka. Salah seorang pembaca di blog ini mencadangkan kepada saya untuk membaca berkenaan human biodiversity (HDB) atau biokepelbagaian manusia. Menurut teori HDB, bangsa-bangsa manusia itu terjadinya bukan disebabkan oleh konstruk sosial atau identiti yang diberikan berdasarkan peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Sebaliknya bangsa-bangsa itu berbeza disebabkan oleh biologi mereka, atau biologi memainkan peranan penting dalam identiti bangsa seseorang, termasuk dalam pembentukan tingkah laku dan kepintaran seseorang. Teori HDB ini mendapat kritikan kerana didakwa menggalakkan perkauman dengan menganggap terdapat bangsa manusia yang lebih superior dengan tahap intelek yang tinggi, dan kelakuan yang lebih beradab berbanding bangsa manusia yang lebih inferior dengan kelakuan yang buruk dan tahap intelek yang rendah. Anda boleh membaca meng...

Akhir zaman, Gen Tuhan, dan transhumanisme

Imej
Seingat saya sudah banyak kali saya menulis tentang Covid-19 telah mengubah hidup saya. Antaranya kerana melaluinya saya banyak belajar perkara baharu. Disebabkan oleh beberapa kontroversi, termasuk langkah drokanian yang menyekat kebebasan manusia, dan ketidaktelusan dalam penyebaran maklumat dan pengendalian pandemik ini, tidak menghairankan ramai orang termasuk saya yang tidak mempercayai "pakar kerajaan" atau media arus perdana. Akibatnya kami terdedah kepada banyak maklumat alternatif termasuk teori konspirasi.   Ada banyak kesan apabila seseorang terdedah kepada maklumat alternatif ini. Ada yang menjadi semakin alim dan semakin Islam. Ada yang akan menunggu Imam Mahdi dan mengharapkan mereka akan diselamatkan, tiada bezanya dengan orang Kristian juga yang menunggu kedatangan semula Jesus untuk menyelamatkan mereka.  Ironinya, semua pembacaan, perbincangan dan interaksi, idea dan pemikiran di sebalik pendedahan maklumat alternatif ini membawa saya kepada kesimpulan b...

Al-Qaradawi menolak Imam Al-Mahdi

Imej
 Ulama besar Mesir, Dr Yusuf Qaradawi meninggal dunia pada 26 September 2022. Beliau merupakan salah seorang ulama atau sarjana Islam zaman moden ini yang mempunyai pengaruh hebat ke atas dunia Islam. Beliau telah menulis lebih 120 buku tentang Islam, merupakan pengasas IslamOnline dan terkenal dengan pandangannya yang progresif mengenai Islam. Salah satu pandangan kontroversi beliau adalah beliau menolak kewujudan Imam Al-Mahdi. Gambar Yusuf Qaradawi Qaradawi berkata kerana Imam Al-Mahdi tidak disebut dalam Quran dan juga secara eksplisit dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim, konsep Al-Mahdi itu tidak sepatutnya dianggap penting atau serius. Beliau menjelaskan jika perkara yang melibatkan kehadiran Al-Mahdi adalah sesuatu yang penting dalam agama, sudah pasti ia sudah termaktub dalam Al-Quran dan dalam hadis-hadis yang sahih. Namun realitinya adalah sebaliknya. Tentu sahaja pandangan Qaradawi ini mengundang kritikan dari ulama syiah dan sebilangan ulama sunni. Namun Qaradawi tetap de...

Ulama Amerika Sheikh Dr Yasir Qadhi: Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie

Imej
 Seorang ulama terkenal Amerika, Sheikh Dr Yasir Qadhi, pada tahun 2019 dalam ceramahnya tentang tanda-tanda akhir zaman, berkata yang Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie. Ini kerana dia tidak dapat menerima pandangan klasikal Islam tentang Yakjuj dan Makjuj yang banyak masalah. Yasir Qadhi mengaku yang masalah ini menyebabkan ada Muslim yang keluar daripada Islam kerana cerita-cerita tidak masuk akal dalam sumber sahih Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj. Antara masalah tafsiran klasikal Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj mengikut Yasir Qadhi adalah dia sukar mempercayai Yakjuj dan Makjuj itu dikurung di sebalik tembok selama beribu-ribu tahun lamanya di suatu tempat oleh Zulqarnain. Bagaimana struktur tembok ini boleh bertahan beribu-ribu tahun lamanya? Sedangkan tembok besar China pun perlu diperbaiki. Tambahan pula segala muka bumi ini telah dipetakan oleh satelit dan sebagainya dan mereka tidak menjumpai pun tembok dan kaum yang dikurung dipanggil yakjuj dan makjuj. Kata Yasir Qad...