Quran tidak pernah mansuh perhambaan
Antara topik sensitif yang tidak diketahui oleh kebanyakan Muslim adalah Islam tidak pernah menghapuskan perhambaan. Saya pernah bertanya kepada kenalan yang terkejut dengan fakta ini selain daripada posting-posting di media sosial oleh kebanyakan Muslim yang kononnya Islam telah memansuhkan perhambaan. Mereka tidak tahu Islam tidak pernah memansuhkan perhambaan sehingga sekarang. Benar Islam menggalakkan pembebasan hamba tetapi tidak ada dalil yang mengutuk perhambaan secara terang. Menggalakkan pembebasan tidak sama dengan mengharamkan perhambaan. Muhammad sendiri dan para sahabat beliau mempunyai ramai hamba yang juga mereka setubuhi sebagaimana hukum dalam Surah Al-Mu'minuun, ayat 5-8 dan Al-Maarif, ayat 30. Amalan perhambaan masih diamalkan di Arab Saudi, tempat yang dikatakan kelahiran agama Islam, sehingga pada tahun 1962. Itu pun selepas didesak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tunisia merupakan antara negara Arab Muslim pertama yang secara rasmi menghapuskan p...