Quran tidak pernah mansuh perhambaan

 Antara topik sensitif yang tidak diketahui oleh kebanyakan Muslim adalah Islam tidak pernah menghapuskan perhambaan. Saya pernah bertanya kepada kenalan yang terkejut dengan fakta ini selain daripada posting-posting di media sosial oleh kebanyakan Muslim yang kononnya Islam telah memansuhkan perhambaan. Mereka tidak tahu Islam tidak pernah memansuhkan perhambaan sehingga sekarang. Benar Islam menggalakkan pembebasan hamba tetapi tidak ada dalil yang mengutuk perhambaan secara terang. Menggalakkan pembebasan tidak sama dengan mengharamkan perhambaan. 

Muhammad sendiri dan para sahabat beliau mempunyai ramai hamba yang juga mereka setubuhi sebagaimana hukum dalam Surah Al-Mu'minuun, ayat 5-8 dan Al-Maarif, ayat 30. Amalan perhambaan masih diamalkan di Arab Saudi, tempat yang dikatakan kelahiran agama Islam, sehingga pada tahun 1962. Itu pun selepas didesak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tunisia merupakan antara negara Arab Muslim pertama yang secara rasmi menghapuskan perhambaan antara tahun 1841 dan 1846.

Perhambaan ialah amalan memaksa manusia (hamba) melakukan kerja-kerja tanpa kerelaan mereka dan bayaran. Hamba ini juga dilayan seperti harta oleh pemilik yang boleh melakukan apa sahaja ke atas hambanya. Kerana itulah perbuatan perhambaan ini dikutuk oleh masyarakat kerana tiada manusia yang patut menjadi hamba kepada manusia lain dan maruahnya diperlakukan dengan begitu rendah. Meski pun wujud bentuk moden perhambaan pada zaman ini seperti pekerja yang tidak dibayar dengan upah yang setimpal dan diperlakukan dengan teruk, perhambaan yang saya maksudkan masih wujud pada abad ke-20 di negara-negara Arab termasuk Arab Saudi dengan memperdagangkan manusia di pasar terbuka.

Sila tonton video ini tentang rakaman secara rahsia pada tahun 1964 di pasar terbuka yang memperdagangkan hamba dari Afrika di sebuah negara Arab.

Video "Slave Market in Arabia" 1964 

Seks halal dengan hamba wanita

Dalam Islam, hubungan seks dengan hamba tanpa pernikahan adalah dibolehkan. Ini berdasarkan Surah Al-Mu'minuun, ayat 5-8 dan juga Al-Maarij, ayat 30. Di dalam Quran, istilah "malakat aymanukum" (yang dimiliki oleh tangan kananmu) dimaksudkan sebagai hamba.

Di bawah merupakan petikan dari laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan apabila ditanya adakah Islam menghalalkan seks tanpa pernikahan dengan hamba:

"Mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita yang menjadi miliknya sendiri adalah dibolehkan berdasarkan nas Ilahi. Firman Allah SWT

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾

Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (Surah al-Mu’minun: 5-8)

Sebaliknya jika hamba itu lelaki maka tuan perempuan tidak dibenarkan melakukan persetubuhan berdasarkan nas di atas.  Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua. Amin."

Muhammad sendiri pernah ditangkap basah oleh Hafsah, salah seorang isterinya, kerana melakukan hubungan seks dengan hambanya Mariya Al-Qibtiyah di atas katil Hafsah sendiri. Boleh baca di sini untuk kisah Muhammad dan Mariya AL-Qibtiya.

Embayar Islam Uthmaniyah dibina atas sistem perhambaan

Amalan perhambaan diteruskan, termasuk pada zaman pemerintahan Islam Uthmaniyah yang berpusat di Turki. Hamba-hamba ini diambil daripada tawanan perang, dalam ekspedisi ke kawasan-kawasan di Afrika dan dibeli. Selain daripada orang hitam Afrika, kerajaan Uthmaniyah juga menculik dan merampas kanak-kanak lelaki kulit putih dari Balkan dan Anatolia atas alasan sebagai "hutang darah" dan "cukai". Kanak-kanak ini dipaksa menganut agama Islam dan ada yang dilatih menjadi askar berperang bagi pihak Empayar Islam Uthmaniyah. 

Kebanyakan komander tentera Uthmaniyah, dan pentadbirnya, direkrut daripada cara perhambaan. Contohnya, Sokollu Mehmed Pasha, iaitu Wizir Agung atau pegawai tinggi kerajaan Uthmaniyah. Dilahirkan dalam keluarga Ortodoks Kristian Serbia, Mehmed diculik oleh kerajaan Uthmaniyah dan dibesarkan sebagai tentera elit janissari. 

Sebahagian hamba yang diambil daripada Afrika pula dikasi menjadi sida dan mengawal istana-istana raja dan harem atau gundik-gundik raja. Gundik-gundik raja ini juga merupakan hamba yang dibeli terutamanya dari Eropah, dan mereka selalunya mempunyai kulit putih. Antara sebab mereka dijual adalah kerana keadaan keluarga yang sangat miskin, selain daripada peluang mobiliti sosial di istana raja.

Selain wanita, budak-budak lelaki juga ada yang dijadikan hamba seks. Namun mereka selalunya berkhidmat di tempat-tempat permandian, and kedai-kedai kopi. Terdapat dokumentasi amalan seks antara lelaki di Empayar Uthmaniyah. Ada juga budak-budak lelaki ini yang menjadi tukang urut, penari yang memakai pakaian wanita, dan penuang minuman selagi mereka muda dan tidak berjanggung.

Pada tahun 1909, Sultan Abdul Hamid II memerdekan semua hamba tetapi kerabat raja dan sultan masih dibenarkan menyimpan hamba mereka. Ketika Mustafa Kemal Attartuk naik, barulah perhambaan ditamatkan di Turki. Turki menunggu sehingga tahun 1933 untuk meratifikasikan konvensyen PBB yang mengharamkan perhambaan.

Justifikasi ISIL/ISIS dan Boko Haram untuk merogol tawanan perang

Meskipun perhambaan yang paling ekstrem ini sudah dihapuskan dan dilarang oleh undang-undang antarabangsa, tidak dinafikan ia masih diamalkan secara senyap-senyap.

Malah masih terdapat kumpulan-kumpulan Islam seperti Boko Haram di Nigeria yang menculik dan memperhambakan orang, dan ISIL/ISIS yang menggunakan dalil agama "malakat aymanukum" untuk merogol wanita Yazidi yang ditawan sebagai rampasan perang dan dianggap sebagai hamba. 

Sehingga hari ini ayat-ayat Quran berkenaan "malakat aymanukum" masih tidak dimansuhkan. 

Gambar: Tangkapan skrin jual-beli hamba yang dilakukan di sebuah pasar terbuka di negara Arab.




 


Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu