10 Muharram, pengusiran Adam dan Hawa, dan buah khuldi khayalan

Umat Melayu-Islam baru sahaja menyambut 10 Muharram atau Hari Asyura dengan berpuasa dan memasak bubur Asyura. Tradisi berpuasa pada 10 Muharram meneruskan tradisi berpuasa yang diamalkan oleh orang Quraish musyirikin lama sebelum Islam. Selain hari golongan Syiah memukul-mukul dan mencederakan badan mereka, dikatakan Nabi Adam diterima taubatnya pada 10 Muharram kerana memakan buah khuldi. Menurut sumber-sumber Islam, Adam dan Hawa diusir dari syurga kerana makan buah khuldi larangan Allah. Katanya larangan itu adalah sebagai ujian daripada Allah.

Sebenarnya saya ada masalah dengan cerita ini. Pertamanya kenapa dalam semua benda, kenapa dilarang memakan sejenis buah yang dinamakan khuldi? Tak adakah cara kreatif lain untuk menunjukkan atau menguji ketaatan manusia bernama Adam dan Hawa itu? Kalau Allah yang dikatakan Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil dan maha segala-galanya, kenapa sanggup mengusir makhluk kesayangan ciptaannya semata-mata kerana memakan buah?

Seterusnya, kenapa Adam dan Hawa sanggup mengambil risiko memakan buah khuldi sedangkan mereka tahu yang ia akan menyebabkan melanggar larangan Allah? Mungkinkah risiko yang diambil lebih berbaloi daripada tinggal di syurga selama-lamanya?

Masalah seterusnya adalah buah khuldi itu sendiri. Ia sebuah buah khayalan. Saya katakan buah khayalan kerana sumber dari Islam sendiri tidak jelas apa buah ini. Ia seperti buah khayalan dalam cerita dongeng. Namun, tidak seperti Islam, dalam Kristian, buah larangan ini adalah buah epal. Gambaran ini lebih berpijak di dunia nyata kerana buah epal banyak didapati di kawasan timur tengah. Tambahan pula mengikut ajaran Kristian, syurga itu (the garden of eden) bukan di suatu tempat di atas, tetapi berada di bumi.

Sebenarnya kisah memakan buah larangan ini kita tidak faham kalau kita hanya bergantung kepada sumber Islam. Menurut sumber gnostik dan Kristian, buah epal larangan ini jika memakannya boleh menjadikan manusia itu seperti Tuhan, dan diberi pengetahuan dan kebijaksanaan. Kerana itulah logo syarikat Amerika terkenal, Apple Inc, adalah buah epal yang digigit sedikit. Dan kerana itulah Adam dan Hawa mengambil risiko untuk memakan buah larangan ini untuk mendapat pengetahuan dan kebijaksanaan dan menjadi Tuhan. 
Tapi kerana Islam itu hanya kopi pes sahaja maka banyak ceritanya dalam Quran tergantung dan lebih banyak membawa persoalan daripada jawapan.

Gambar: The Fall of Man oleh Peter Paul Rubens 1628–29. Kenapa Adam dan Hawa sanggup mengambil risiko makan buah larangan daripada mengambil jalan selamat untuk dapat tinggal di syurga selama-lamanya?


Ulasan

  1. Tuan. Cuba tuan ulas pasal claim ada seorang sahabat nabi yg berani menentang 70ribu musuh secara berseorangan.
    Sy berpendapat ini hanya mitos meniru kisah sun wukong. Apa pendapat tuan?

    -jalil md dom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak masuk akal kalau begitu. Ya, ada kemungkinan diambil daripada mitos kisah-kisah seperti Wukong itu. Nanti saya buat bacaan tentang itu. Terima kasih.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu