Panteisme dan kepercayaan lama Melayu tentang Tuh

Don Miguel Ruiz, seorang penulis terkenal dan guru kerohanian dari Mexico berkata:

“Anda adalah abadi; anda telah wujud berbilion tahun lamanya dalam manifestasi yang berbeza, kerana anda adalah kehidupan, dan kehidupan tidak boleh mati. Anda berada di dalam pokok, rama-rama, ikan, udara, bulan, matahari. Ke mana sahaja anda pergi, anda berada di sana, menunggu diri anda sendiri.”

Kepercayaan bahawa segala-galanya di alam semesta ini membentuk satu Tuhan abstrak dipanggil Panteisme. Perkataan Panteisme terbentuk daripada Bahasa Yunani: πάν (pan) yang bermaksud segala dan θεός (theos) iaitu Tuhan. Dengan erti kata lain "Tuhan adalah Segalanya" dan "Segalanya ialah Tuhan". 

Seperti Panteisme, orang Melayu dahulu sebelum kedatangan agama Hindu dan Islam mempercayai roh alam yang dipanggil Tuh. Malah perkataan "Tuhan" itu sendiri berasal daripada Tuh yang diberi akhiran "an". Tuh ialah roh alam atau semangat tunggal yang hidup bersekutu dengan alam. Tuh tidak terlihat tetapi wujud dalam setiap ciptaannya. Setiap benda bernyawa mempunyai roh daripada Tuh. 

Hari ini unsur Panteisme wujud dalam gerakan kerohanian baru seperti New Age. Dalam kepercayaan kerohanian New Age, manusia dianggap sebagai Tuhan, seperti tumbuhan, haiwan dan unsur-unsur alam yang lain. Malah ada antara mereka yang berkata bahawa "Jesus Christ" itu berada dalam diri manusia sendiri yang konsep triniti itu adalah simbolik kepada tiga unsur asas yang penting kepada manusia iaitu badan, minda dan roh (body, mind and spirit). 

Unsur Panteisme ini juga masih diamalkan oleh segelintir orang Melayu, contohnya apabila memasuki hutan, mereka akan meminta kebenaran daripada "tok, nek" dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan tentang tempat keramat dan tempat "keras". Cumanya orang Melayu tidak memahami bahawa mereka dan unsur-unsur alam itu juga saling hormat-menghormati dan lengkap-melengkapi kerana semuanya adalah "Tuh".

Boleh juga baca entri ini dalam blog ini tentang manusia yang lupa tentang asal diri "Tuhan" mereka.

Rujukan

Maklumat diambil daripada Parasit Aqidah oleh A.D. El. Marzdedeq, Malay Magic oleh Walter William Skeat, Shaman, Saiva and Sufi oleh Richard Olaf Winstedt serta sumber-sumber bacaan dan internet lain.

Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu