Mengenal pasti kepalsuan dalam mencari kebenaran

 Ketika saya berbalas-balas hujahan dengan kenalan mengenai isu kebenaran, Islam dan ketuhanan, salah satu hujah yang diberikan adalah kebenaran itu relatif. Bagi kenalan saya itu, kebenaran kepada saya adalah kerana saya ingin menyesuaikan kebenaran itu dengan cara hidup yang tidak mahu dikongkong dan melakukan apa sahaja.

Hujah kenalan saya ini ada kebenarannya. Sememangnya apabila kita tidak lagi terkongkong oleh batas artifisial atau imaginari yang ditetapkan oleh agama Islam dan fahaman-fahaman agama lain, fikiran kita bebas untuk berfikir tentang penerangan lain tentang sesuatu perkara. Contohnya kalau Allah itu maha adil dan maha kuat dan maha penyayang, kenapa dia tidak berbuat apa-apa tentang nasib rakyat Palestin, dan Syria yang dilanda perang dan berkecamuk? Kenapa ada bayi yang dilahirkan cacat atau menghidap penyakit kanser dan menderita sepanjang hidup mereka?

Bagaimana jika sebenarnya jawapan-jawapan kepada persoalan ini adalah kerana kewujudan Allah itu sendiri adalah satu kepalsuan? Atau yang sebenarnya konsep tuhan itu berbeza dengan apa yang diindokrtinasikan dalam minda kita sejak kecil? Pernahkah kita mendalami konsep yang tuhan itu mungkin satu artificial intellligence (kecerdasan buatan AI) yang hanya memastikan agar alam semesta ini berjalan mengikut program atau hukum yang telah ditetapkan? Sebab itu ia tidak berupaya mencampuri urusan manusia dan ia tidak mempunyai perasaan. Segala yang berjalan di dunia ini adalah mengikut hukum alam.

Oleh itu mengenal pasti kepalsuan itu adalah satu daripada jalan untuk mencari kebenaran. Mungkin sampai saya meninggalkan dunia ini pun saya tidak akan dapat merungkai konsep ketuhanan yang sebenar, tapi saya puas hati kerana dapat mengenal pasti kepalsuan dan hidup saya tidak dibazirkan dengan pengabdian diri kepada kepalsuan.

Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu