Dahulu aku menyembah Syaitan


 

Terjemahan puisi oleh penulis dan intelektual Mesir Taha Hussein.

Dahulu aku menyembah Syaitan

Dahulu aku percaya engkau menyesatkan dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki!

Pemberi Derita, Maha Berkuasa, Pemberi Kehinaan... dengan angkuh dan ego!

Yang Maha Berkuasa memberi penderitaan, dan memperdayakan manusia dengan begitu licik!

Engkau mahu tangan-tangan pencuri dipotong dan tubuh-tubuh wanita direjam dengan batu!

Engkau menegakkan keadilan dengan pedang... tapi keadilan engkau menumpahkan darah!

Jadi beritahu aku wahai pencipta bagi para pembunuh... di manakah Tuhan untuk mereka yang lemah?

Jika engkau pencipta segalanya... engkau tidak akan menghalang sebahagian mereka untuk terus hidup.

Kerana apa yang engkau boleh dapat daripada pembunuhan... selain daripada kemusnahan dan kematian?

Adakah dahulu aku menyembah penyembelih yang menghancurkan hati mereka yang tidak berdosa?

atau... Adakah dahulu aku menyembah Syaitan... yang dihantar kepada kita sebagai penutup nabi-nabi?

Aku bayangkan syurga untuk para pejuang... tempat tinggal untuk mereka yang tabah!

Kurma, anggur dan buah tin... dan sungai arak untuk mereka yang bertakwa!

Kenikmatan firdausi yang melimpah-ruah untuk nafsu mereka yang tinggal di tengah padang pasir!

...gunung-ganang dengan batu dan permata berharga... dan bidadari yang mendendang lagu merdu:

Kami adalah kekasih orang mukmin, kami datang menjawab panggilan! 

Kami adalah ganjaran Allah untuk kamu, lihatlah betapa baiknya ganjaran Allah kepada kamu!

Adakah syurga engkau segalanya tentang bergomol-gomol, teriakan nikmat, dan seks tanpa henti? 

Bersama bidadari yang engkau perbaharui daranya... dan memberikan mereka kepada Muslim!

Adakah dahulu aku menyembah pemilik rumah pelacuran yang mempermainkan minda mereka yang bodoh?

atau Adakah dahulu aku menyembah Syaitan... yang dihantar kepada kita sebagai penutup nabi-nabi?


* Taha Hussein (15 November 1889 – 28 Oktober 1973) merupakan penulis dan intelektual Mesir yang terkenal. Beliau pernah dicalonkan untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan sebanyak 21 kali.

Ulasan

  1. saya pernah baca tentang taha hussein ni. menari jugak kisah dia. rupa2 nya, dia perintis ideologi nasionalisme mesir, yang terasing dari nasionalisme arab. katanya raja2 firaun sebahagian dari budaya orang mesir, dan mesir sebenarnya bukan bangsa org arab. bagi saya, dia serupa mcm Said Akl, seorang pemuisi dan perintis ideologi nasionalisme lubnan. harap2 lah admin sudi menerjemah karya2 nya pula.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu