Ali nyaris tetak leher lelaki sida

 


Anas meriwayatkan bahawa seseorang dituduh telah berzina dengan hamba perempuan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Ali:

Pergilah dan tetak (potong) lehernya. Ali pergi kepada lelaki itu dan dia mendapati lelaki itu di dalam perigi untuk menyejukkan tubuhnya. Ali berkata kepadanya: Keluarlah, dan apabila Ali memegang tangan lelaki itu dan membawanya keluar, Ali mendapati bahawa alat kelaminnya telah dipotong. Hadrat Ali menahan diri daripada menetak leher lelaki itu. Ali kemudian pergi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, dia tidak mempunyai alat kelamin pun padanya.

(Hadith sahih)

Rujukan: Sahih Muslim 2771

Nota kaki

Hamba perempuan itu bernama Mariya Al Qibtiah. Lelaki yang dituduh melakukan zina atau seks tanpa nikah itu pula Mabur. Sida bermaksud lelaki yang sudah dipotong zakarnya. Biasanya sida adalah hamba.

Melempar tuduhan berzina tanpa bukti adalah berat dan boleh dikenakan hukum qazaf. Jadi kenapa Muhammad boleh menuduh begitu? 

Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu