Dipotong tangan kerana sehelai kain alas tidur


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan Pas akan terus memperjuangkan hudud, melalui usaha kerajaan negeri Kelantan termasuk melalui usul RUU355 yang meningkatkan kuasa mahkamah syariah dan sambutan Hari Hudud di Kelantan setiap tahun untuk memberi penerangan tentang hukum hudud.

Beliau berkata: "Apabila sebut undang-undang Islam, terus terfikir dalam kepala dia, potong tangan. Asal mencuri, potong tangan. Dia tidak tahu syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi." Boleh rujuk kenyataan di sini, dan di sini.

Berkenaan hukum potong tangan saya jumpa hadis di bawah yang pencuri kain dipotong tangan walaupun mangsa yang barang dicuri sudah memaafkan. Boleh pula Muhammad membalas balik seolah-olah nilai kehilangan tangan itu lebih rendah daripada nilai kain 30 dirham. Apa pula syarat-syarat dan kriteria-kriteria yang dimaksudkan Timbalan MB Kelantan kalau Muhammad pun ikut suka hati memotong tangan kerana mencuri kain? 

Sila baca hadis berkenaan di bawah. 

"Saya sedang tidur di Masjid di atas khamisah (sejenis kain) saya yang bernilai tiga puluh dirham, datang seorang lelaki dan mencurinya daripada saya. Lelaki itu ditangkap dan dibawa kepada Nabi, yang memerintahkan supaya tangannya dipotong. Saya datang kepada Nabi dan berkata: "Apakah kamu akan memotong tangannya hanya kerana tiga puluh dirham? Saya akan menjualnya kepadanya secara hutang." Nabi berkata: "Mengapa kamu tidak mengatakan ini sebelum kamu membawanya kepadaku?"

Sunan an-Nasa'i 4883




Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu