Berbuat baik menjadikan kita gembira

Selamat tahun baharu 2023. Artikel berikut saya terjemahkan daripada The origin of Morality is our Hormones di laman web Atheism vs Islam dan disesuaikan untuk blog ini.

Antara lain tujuan menterjemahkan artikel ini untuk memperbanyakkan sumber dalam bahasa Melayu mengenai Ateisme sebagai alternatif kepada pandangan Islam kepada orang Melayu Islam atau mereka yang berbahasa Melayu dan menganut agama Islam. Ini juga azam tahun baharu saya untuk menulis lebih banyak artikel mengenai pilihan-pilihan lain terutamanya ateisme dan liberalisme selain daripada Islam. 

Dalam artikel ini asal moraliti itu adalah bersifat semula jadi, tanpa perlu manusia bergantung kepada agama sebagai panduan.

-----

Disebabkan evolusi, badan kita akan mengeluarkan hormon yang menjadikan kita gembira seperti apabila kita melakukan kebaikan kepada orang lain, menyayangi orang, atau mempunyai perasaan empati kepada orang lain.

Mengikut satu kajian saintifik, kesedaran moral itu adalah semula jadi. Kajian ini boleh dibaca di URL di bawah:

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B9780124201903000454

Abstrak

Is there an innate moral sense? Scientific evidence, from child development, linguistics, and behavioral economics to neuroscience, moral psychology, and primatology reveals universal drives that constitute a biologically prepared moral architecture within human nature. This innate moral sense is akin to the innate predisposition for smell or language and suggests human beings are born with the prototypes of a sense that fosters anxiety when they witness others in distress and, similarly, promotes positive feelings when that distress is alleviated. Incorporating the concept of an innate moral sense into our models of social and political life would improve ethical analysis.

(Terjemahan)

Adakah kesedaran moral itu semula jadi? Bukti saintifik, daripada perkembangan kanak-kanak, linguistik, sehinggalah kepada ekonomi tingkah laku, neurosains, psikologi moral, dan primatologi mendedahkan pemacu sejagat yang membentuk kerangka moral tersedia secara biologi dalam sifat manusia. Kesedaran moral semula jadi ini serupa dengan kecenderungan semula jadi untuk bau atau bahasa dan menunjukkan manusia dilahirkan dengan prototaip deria yang memupuk kebimbangan apabila mereka menyaksikan orang lain dalam kesusahan dan menggalakkan perasaan positif apabila kesusahan itu berkurangan. Memasukkan konsep kesedaran moral semula jadi ke dalam model kehidupan sosial dan politik kita akan meningkatkan analisis etika.

Tiada siapa yang memberitahu bayi kecil bagaimana untuk menyayangi ibunya. Ini semua disebabkan hormon yang menjadikan bayi itu menyayangi ibunya secara automatik.

Tidak lama selepas seorang wanita bersalin, doktor akan meletakkan bayi anda di dadanya. Detik sentuhan kulit ke kulit ini penting — dan selalunya menggembirakan — untuk ibu dan bayi. Merasai sentuhan si ibu dan mendengar suara si ibu menenangkan bayi dan membuatkan dia berasa selamat. Semasa momen persentuhan kulit ke kulit ini, badan si ibu mengeluarkan oksitosin.

Apabila wanita melahirkan anak, terdapat lonjakan kenaikan tinggi oksitosin, yang juga dikeluarkan semasa penyusuan.

Oksitosin juga dipanggil "hormon sayang," walaupun kesannya tidak selalunya begitu berkesan. Ia dikatakan dapat mengeratkan jalinan ikatan si ibu dengan bayinya yang baru lahir. Tetapi bagaimana dengan si bapa, yang tidak hamil atau menyusu? Ternyata interaksi si bapa dengan anak-anaknya menghasilkan peningkatan yang sama dalam tahap oksitosin.

Penyelidik mendapati bahawa bapa yang mengalami emosi juga merasakan kesan hormon lain iaitu mempunyai tahap prolaktin yang lebih tinggi. Ia hormon pemadam nafsu yang muncul pada wanita semasa menyusu dan pada lelaki selepas klimaks seksual; dan tahap vasopressin yang lebih tinggi, hormon yang dikaitkan dengan ikatan yang terjalin serta tindak balas stres keibuan.

Bapa juga mendapat banyak kesan lonjakan yang sama seperti yang si ibu daripada pengalaman keibubapaan - tetapi hasilnya bergantung pada sejauh mana si bapa berada dekat dengan anaknya dan berinteraksi. Sebagai contoh, penyelidik melihat kesan jika anak tidur dengan ibu bapa, jika bapa mengenal pasti dan bertindak balas terhadap tangisan bayi, dan jika si bapa bermain dengan anaknya. Apabila si bapa berada jauh, kesan kebapaan tidak begitu kuat.

Apabila kita sudah dewasa, fikiran kita memutuskan sama ada tindakan itu baik atau buruk berdasarkan empati ini iaitu jika kita berbuat baik kepada orang lain dengan tindakan kita, atau jika kita menyakiti mereka dengan tindakan kita.

Selain itu, terdapat faktor lain yang terbentuk kemudian seperti didikan sosial, indoktrinasi agama dan lain-lain.

Oleh itu, dalam orang dewasa, moraliti bukan lagi sepenuhnya perasaan semula jadi. Pandangan moral orang dewasa sendiri dipengaruhi terutamanya oleh tiga perkara: empati, kepentingan diri atas kesedaran sendiri, dan tekanan sosial.

Dalam kes bayi, naluri seperti empati dan kepercayaan kepada ibu bapa adalah pengaruh yang lebih besar ke atas moraliti mereka berbanding orang dewasa, dan disebabkan oleh kecerdasan dan persepsi bayi yang rendah, pengaruh sosial terhadap moraliti mereka lebih lemah berbanding apabila kanak-kanak itu membesar dan mula berinteraksi lebih banyak dengan masyarakat.

Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu