Catatan

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu

Walaupun sudah keluar dari Islam, saya terpaksa pergi ke masjid untuk sembahyang Jumaat semasa bekerja. Tidak kisah pun sebab masa ini digunakan untuk berehat dan tidur terutama ketika khutbah Jumaat yang membosankan dan penuh retorik. Beberapa minggu lalu, terdapat satu kuliah atau ceramah pendek dibuat oleh seorang ustaz yang dengan bangganya menceritakan kisah rakannya tesis PhDnya berkaitan Khalifah Umar ditolak oleh penyelianya dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dikatakan oleh si ustaz bahawa punca penolakan adalah kerana profesor itu, yang juga seorang Yahudi, mengatakan dia boleh membaca kisah Umar itu dalam buku sejarah, dengan secara tidak langsung bermakna tiada apa pengetahuan baharu yang dibawa oleh tesis itu berbanding buku sejarah. Ustaz itu berkata apa yang profesor Yahudi itu mahukan adalah sesuatu yang mempersoalkan atau mencari kelemahan Umar dan rakannya itu telah melakukan suatu yang "berani" kerana tidak tunduk kepada kehendak profesor Yahudi itu...

Islam yang menggalakkan perpecahan

Imej
Keputusan Piliharaya di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu sudah diketahui dengan keputusan yang sudah diramal oleh kebanyakan orang. Niat PN untuk menguasai lima daripada enam negeri tidak kesampaian tetapi mereka berjaya menyemai perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang memilih berdasarkan kaum dan agama antara Melayu dan Bukan Melayu di enam negeri. Calon-calon Melayu BN hampir semuanya kalah di kawasan majoriti Melayu dengan di Terengganu semuanya kalah terhadap calon PN, terutamanya PAS. Ramai orang merasa risau dengan kebangkitan "hijau" PAS ini, terutama mereka yang berada di tengah (atau moderat), liberal, dan Bukan Islam. Tetapi bagi saya kita tidak perlu risau kerana Islam itu adalah agama perpecahan dan mereka ini tidak akan bersatu sampai bila-bila.  Sejarah Islam penuh dengan pembunuhan, perpecahan, dan perebutan kuasa Dalam sejarah awal Islam pun umatnya sudah mula berpecah selepas kematian Muhammad ...

Pengagungan berlebihan Muhammad membawa kepada ajaran Sihulk

Imej
 Saya tidak terkejut pun apabila wujud ajaran mengatakan Muhammad itu adalah Allah seperti ajaran Sihulk yang mengejutkan masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, ajaran Sihulk yang diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad difatwakan sebagai sesat kerana menganggap Nabi Muhammad dan Allah adalah entiti yang sama. Pengasas ajaran Sihulk dilaporkan melarikan diri ke New Zealand daripada ancaman ditangkap oleh penguasa agama Islam Malaysia yang akan menangkap sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran yang bertentangan dengan tafsiran Islam mereka. Pengagungan Muhammad menerusi konsep Nur Muhammad Pertama kali saya mendengar mengenai ajaran Sihulk beberapa bulan yang lalu mengingatkan saya kepada konsep Nur Muhammad yang pernah saya dengar ketika di saya bersekolah agama berpuluh tahun lalu. Konsep ini mengatakan bahawa Muhammad adalah makhluk Allah yang pertama sekali diciptakan daripada cahaya (nur) Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Konsep ini berdasarkan beber...

Mata Satu, Freemason dan reformis Islam

Imej
Kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, sahabat saya menghubungi saya untuk bertanya adakah saya yang mencadangkan namanya untuk menyertai gerakan Freemason di Malaysia. Saya agak terkejut kerana saya tidak tahu menahu apatah lagi mempunyai kaitan dengan Freemason. Dia beranggapan begitu kerana saya memang seorang yang suka bercerita kepadanya mengenai Freemason dan Iluminati. Sahabat saya ini dahulu memang baik dengan beberapa orang penting dengan ahli politik top ketika ini.  Saya tidak dapat mengesahkan sama ada cerita sahabat saya benar atau tidak cuma saya ingin menulis sedikit mengenai perkara ini, terutama ketika ada isu panas di media tempatan apabila pelawak dan penyampai radio Shuib dituduh sebagai agen Freemason. Semuanya apabila dia dan isterinya bergambar dengan menutup sebelah mata. Tindakan menutup sebelah mata dan menampakkan satu mata merupakan simbol Mata Satu.  Simbol Mata Satu dikaitkan dengan Freemason dan digunakan oleh Freemason sebagai simbol bahawa tuhan s...

Saya mahu percaya

Imej
"I want to believe" atau "saya mahu percaya" merupakan satu kata-kata penting atau slogan dalam siri popular TV X-Files yang ditayangkan dari awal tahun 1990-an sehingga 2018. Ia berkisar tentang fenomena UFO, teori konspirasi dan kejadian paranormal dan saya merupakan salah seorang peminat siri ini kerana unsur-unsur ini selain daripada jalan ceritanya yang menarik.  Poster "I want to believe" bersama gambar UFO terpampang dalam pejabat watak utama Agen FBI Fox Mulder yang bergandingan dengan agen FBI dan juga doktor perubatan Dana Scully. Mulder mahu membuktikan teorinya betul mengenai kejadian paranormal dan alien sementara Sculley adalah seorang yang bersikap skeptikal dan mahukan pembuktian sains. Oleh itu "I want to believe" merupakan unsur penting dalam X-Files dalam membawa mesej bahawa dunia ini lebih daripada apa yang dapat dirasai oleh deria, sementara tidak dinafikan orang akan bersikap skeptikal tanpa pembuktian saintifik, dan kebena...

Kisah aneh di sebalik hari raya korban dan kegilaan tuhan

Imej
Dalam masa seminggu iaitu Khamis 29 Jun ini semua rakyat Malaysia akan bercuti sempena hari raya korban atau haji. Selain membazirkan wang untuk melawat binaan sembahan orang Islam dan mencium batu hitam, hari raya korban juga terkenal dengan penyembelihan haiwan seperti lembu dan kambing. Saya rasa kita semua sudah tahu kisah aneh di sebalik sambutan hari raya korban ini dengan watak yang digelar Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya sendiri sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Lukisan  The Sacrifice of Isaac oleh Caravaggio (1603). "Tolong jangan sembelih saya" agaknya itu yang dijerit oleh Isaac. Versi Bible and versi Islam Sedikit maklumat latar belakang kisah ini mengikut versi Bible dan versi Islam. Berikut adalah beberapa elemen penting dan perbezaan. Protagonis:   Versi Bible: Abraham  Versi Islam: Ibrahim  Mangsa (anak yang akan disembelih):  Versi Bible: Isaac  Versi Islam: Ismail  Apa yang diarahka...

Kenapa saya tak takut kepada neraka jahanam Allah

Imej
Neraka yang dicipta Allah digambarkan dalam Quran sebagai tempat penyeksaan, penderitaan, dan pembakaran kepada mereka yang melakukan dosa, tidak taat dan tidak mempercayai ketuhanan Allah. Penghuni neraka juga terdiri kepada mereka yang menyekutukan Allah dengan makhluk lain. Penyeksaan di neraka digambarkan sangat panas dengan semuanya mendidih dan penghuninya yang menidakkan Allah akan berada di dalamnya "abadan abada" atau kekal selama-lamanya. Malah dalam bahasa Arab, neraka dipanggil Jahannam untuk menggambarkan ia sebagai tempat penyeksaan yang begitu panas dengan api yang menyala dan membara.  Dalam satu hadis Sahih Bukhari , dikatakan lebih 99 peratus manusia adalah penghuni neraka dan kebanyakan mereka adalah perempuan . Selain manusia, jin yang dibuat daripada angin api yang panas (Surah Al-Hijr 15:27) juga menjadi penghuni neraka. Di sini juga timbul kemusykilan, bagaimana agaknya jin yang dicipta daripada angin api boleh terseksa dengan api juga? Tapi perkara ini...

Antara Allah dan Alien

Imej
Terkini beberapa media bukan perdana di Amerika Syarikat melaporkan seorang pembocor maklumat atau whistleblower bernama David Charles Grusch mendakwa kerajaan AS menyimpan kapal angkasa yang bukannya berasal daripada manusia. Dengan kata lain, kerajaan AS menyimpan kapal angkasa kepunyaan alien dan dikatakan telah melakukan reverse engineer untuk kegunaan ketenteraan. Grusch yang juga merupakan bekas pegawai perisikan ketenteraan berkata dia telah memaklumkan program rahsia kerajaan AS itu kepada Kongres. Boleh baca beritanya di sini , dan di bawah. Dalam UFO, alien dan masa depan agama , saya menggambarkan ulama Islam tidak bersedia untuk berhadapan dengan fenomena alien. Hujah paling kuat mereka adalah alien ini berkemungkinan jin. Berbanding Pope yang pada tahun 2014 berkata dia akan membaptiskan alien jika alien itu muncul di Vatican dan meminta untuk dibaptiskan. Di mana buktinya? Masyarakat masih skeptikal tentang kewujudan alien. Meskipun Grush mendakwa sudah memberikan bukti ...

Tuhan berdevolusi menjadi manusia, manusia berevolusi menjadi tuhan

Imej
Saya memahami mengapa kebanyakan Muslim tidak mempercayai teori evolusi Darwin yang mengatakan manusia dan monyet itu mempunyai leluhur sepunya (common anchestor). Saya sekarang pun sedang membaca buku dan artikel serta menonton apa sahaja yang berkaitan dengan evolusi ini. Kita mahu mempercayai bahawa kita adalah makhluk istimewa yang dicipta untuk mempunyai tujuan hidup di dunia ini. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara random atau rawak, mana mungkin manusia itu istimewa dan tuhan itu tidak wujud. Dalam entri saya bertajuk Meneroka idea-idea penciptaan manusia , saya menyentuh sedikit tentang kewujudan teori yang bertentangan dengan teori evolusi oleh Darwin iaitu Intelligent Design. Mengikut Intelligent Design (ID), kejadian manusia dikatakan bukan berevolusi daripada proses pemilihan semula jadi tetapi berlaku disebabkan reka bentuk pintar. Walaupun pendokong ID yang mendokong sains tidak secara langsung menyebut tuhan, secara tidak langsung sesuatu reka bentuk pintar memerlukan p...

Politik kalimah Allah

Imej
Kecoh apabila kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menarik balik rayuan dalam kes mahkamah tentang penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Maka berduyunlah parti politik berasaskan Melayu dan Islam, persatuan-persatuan, lebai, dan warga maya yang membantah penarikan balik rayuan kerajaan ini dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama. Kononnya umat Melayu Islam akan menjadi keliru dan menukar agama kepada agama Kristian kerana Bible dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah untuk tuhan. Alkisah isunya bermula pada era Mahathir Apa yang saya faham, isunya bermula pada zaman pemerintahan Mahathir Muhammad pada tahun 1986. Kabinet pada masa itu membenarkan penganut Kristian menggunakan beberapa perkataan seperti syukur, doa, iman, ibadah oleh penganut agama Kristian. Sementara empat perkataan Arab iaitu Allah, Baitullah, Kaabah dan solat, tidak dibenarkan. Tetapi hendaklah ditulis "Untuk agama Kristian" pada kulit muka depannya. Namun pada tahun sama, Kementerian Dal...

Meneroka idea-idea penciptaan manusia

Imej
Topik kali ini berkaitan penciptaan alam, terutamanya manusia. Sekurang-kurangnya ada dua teori utama dalam hal ini iaitu creationism dan evolusi Darwin. Jujurnya saya masih kurang berpengetahuan mengenainya tapi saya perlu mencatat dan memulakannya perbincangan mengenainya kerana ia ada berkaitan dengan pencarian makna dan tujuan kehidupan bagi kebanyakan orang. Tulisan ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, bukannya satu tulisan akademik.  Tulisan ini lebih kepada galakan untuk kita terus mencari dan mempersoalkan perkara-perkara yang masih belum terjawab kerana tidak dapat dibuktikan. Mana mungkin kita dapat mendapat jawapan evolusi satu spesis selama berjuta-juta tahun kepada suatu spesis yang lain kerana hayat kehidupan kita pun secara puratanya tidak mencecah 100 tahun. Begitu juga manusia masih tidak dapat membuktikan kewujudan satu kuasa agung yang mendakwa bahawa dia seorang yang menciptakan manusia dan alam ini selain daripada kata-kata dan tulisan daripada buku-buku l...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 5

Imej
Teringat bulan teringat Islam. Hari ini melihat anak bulan Syawal. Kalau muncul bermakna Hari Raya Puasa jatuh hari Jumaat dan jika sebaliknya hari Sabtu. Kisah aneh kali ini berkait rapat dengan bulan dan Islam. Islam begitu obsesi dengan bulan seperti gambar di atas. Abu Yusuf Al-Malizi ada menulis panjang lebar betapa tradisi melihat anak bulan ini suatu tradisi kuno dan menyusahkan di sini . Saya setuju kerana setiap tahun ia menjadi polemik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam lain seperti Pakistan. Jadi tulisan saya ini melihat pada sisi lain mengenai bulan. Mengapa penganut Islam begitu obses dengan bulan? Apakah peranan bulan dalam sejarah awal Islam dan bangsa Arab di tanah Hijaz? Terdapat teori, katanya berasal seawal tahun 1901 oleh pakar arkeologi Hugo Winckler, yang Allah sebenarnya tuhan Hubal yang juga tuhan bulan yang disembah oleh masyarakat Arab pagan sebelum Islam. Teori ini kemudian dipopularkan oleh apologis Kristian pada tahun 1990-an sehinggal...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 4

Imej
Berapa banyak mata ganjaran sudah anda kumpul untuk ke syurga? Kisah aneh mengenai bulan Ramadan kali ini tentang ganjaran berlipat kali ganda. Seperti biasa apabila masuk bulan Ramadan  banyaklah iklan meminta Muslim membuat banyak amal kebajikan. Kononnya sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam bulan puasa ini seperti bersembahyang terawih, bertadarus Quran dan bersedekah, maka pahala didapati akan berlipat kali ganda berbanding pada bulan-bulan biasa. Selain itu mereka digalakkan mencari malam Lailatul Qadar yang kononnya lebih baik daripada 1,000 bulan. Jadinya bulan Ramadan ini seperti lubuk untuk mengumpul banyak pahala, analoginya seperti mengumpul banyak poin untuk ditebus di akhirat nanti!  Dalam satu hadis riwayat, Muhammad berkata mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian meneruskan berpuasa sunat enam hari bersamaan puasa selama setahun. Dalam logik matematik mata ganjaran mereka, seperti yang dikatakan ulama besar Islam Imam Nawawi:  “Ganjarannya ...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 3

Imej
Malaikat atau syaitan? Hari Sabtu ini 8 April 2023 merupakan hari Nuzul Quran. Perkataan Nuzul Quran memberi maksud penurunan Quran. Kononnya Quran diturunkan pada malam ini dan kerana itulah bulan Ramadan dianggap istimewa, selain bulan berpuasa. Dalam kisah atau naratif standard Islam, Muhammad menerima lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq selepas bertapa di Gua Hira. Turunnya Quran dikatakan berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan pada tahun 610 masihi. Apa yang anehnya tentang kisah penurunan Quran? Selain kekeliruan yang saya tulis sebelum ini mengenai Surah Al-Qadar, apabila Quran dikatakan turun pada Malam Qadar (Lailatul Qadar), tulisan kali ini ingin menyentuh mengenai keanehan Muhammad menerima wahyu daripada perantara malaikat Jibrail. Ringkasnya, mengikut kisah oleh naratif standard Islam, Muhammad pergi ke Gua Hira untuk bertapa. Pada malam itu, Muhammad mendakwa didatangi oleh makhluk bersayap. Makhluk itu menyuruhnya untuk membaca. Muhammad berkata dia tidak boleh memba...