Catatan

Tuhan kecil berbadan ular dan berwajah singa dan tafsiran semula ketuhanan

Imej
Ajaran Gnostik mendakwa mendapat pengetahuan rahsia tentang Tuhan dan dunia. Tuhan kecil (kerana ada Tuhan yang lebih tinggi daripadanya) yang mencipta dunia fizikal ini dipanggil Yaldabaoth. Yaldabaoth digambarkan berbadan ular dan berwajah singa. Dia boleh mencipta kerana mencuri kuasa mencipta daripada ibunya Sofia. Baca catatan sebelum ini  dan ini untuk cerita sebelumnya. Mengikut mitos Gnostik, dan saya mengatakan mitos kerana ia satu bentuk idea keagamaan yang dipercayai sebahagian manusia tetapa tidak dapat membuktikannya, Yaldabaoth mencipta dunia ini berdasarkan gambaran dan ingatannya tentang dunia kerohanian abadi Pleroma. Dia juga mencipta pembantu-pembantunya yang diberi nama Archon. Selepas mencipta dunia ini, Yaldabaoth dengan angkuh menganggap dirinya satu-satunya Tuhan yang layak disembah, dimuliakan, dipuji dan diagungkan. Ibunya Sofia berasa menyesal dan bekerja bersama dengan Aeon lain untuk mendapatkan kembali kuasa yang diambil oleh Yaldabaoth. Tindakan pert...

Allah bersolat dan Tuhan Kecil Si Cemburu yang mencipta dunia material menurut sumber Gnostik

Imej
Ada sebuah hadis yang amat pelik apabila dibaca. Hadisnya dikatakan dari Kitab Al Sunna oleh Abdullah bin Ahmad, vol. 1, hal. 272.  Terjemahannya lebih kurang begini:  Ketika Muhammad tiba di langit ketujuh sewaktu Isra dan Mi’raj, baginda bertemu dengan malaikat Jibril, yang segera berkata kepada Muhammad, "Tunggu, kerana Allah sedang solat." Muhammad bertanya, "Apakah Allâh melakukan solat?" Jibril menjawab, "Ya, Allah melakukan solat" Muhammad lalu bertanya, "Mengapa Allah melakukan solat?'  Jibril menjawab, “Memuji! Memuji Tuhan!” Hadis ini ada dimainkan oleh pembela atau apologis Kristian dalam membuktikan yang Allah itu bukan Tuhan sebenar yang patut disembah. Tentu sekali dalam kalangan Muslim pula menyatakan yang hadis itu hanyalah rekaan untuk memburuk-burukkan Islam dan menghina Allah. Saya cuba mencari hadis itu menggunakan pautan yang diberi dalam tangkapan skrin di atas (daripada sebuah saluran Apologis Kristian) tetapi mendapat keput...

Gnostikisme mengisi teka-teki agama arus perdana

Imej
 Gnostikisme (Gnosticism) ialah fenomena yang paling menarik tapi merumitkan dalam sejarah agama di dunia Barat. Ia kurang dikenali di bahagian sebelah Timur, termasuk Malaysia. Pertama kali saya membaca tentang Gnostikisme, ia menyebabkan bulu roma saya naik dan keterujaan kerana ia mengisi teka-teki dalam naratif agama arus perdana terutamanya Islam dan Kristian. Contohnya mengapakah Tuhan membiarkan Adam dan Hawa memakan buah larangan , dan kenapakah terdapat kejahatan dan penderitaan di dunia ini? Juga siapa sangka tuhan yang saya sembah selama ini berkemungkinan Lucifer atau iblis? Ajaran Gnostikisme dipercayai tersebar pesat pada abad ke-2 dan ke-3. Meskipun ia suatu idea keagamaan yang sudah lama, istilah Gnosticism direka oleh sarjana Inggeris pada abad ke-17. Kata akarnya berasal daripada perkataan Yunani gnosis yang permaksud pengetahuan peribadi, langsung dan sebenar. Pengikut Gnostikisme lama mendakwa mempunya gnosis atau pengetahun peribadi, langsung dan sebenar tent...

Panteisme dan kepercayaan lama Melayu tentang Tuh

Don Miguel Ruiz, seorang penulis terkenal dan guru kerohanian dari Mexico berkata: “Anda adalah abadi; anda telah wujud berbilion tahun lamanya dalam manifestasi yang berbeza, kerana anda adalah kehidupan, dan kehidupan tidak boleh mati. Anda berada di dalam pokok, rama-rama, ikan, udara, bulan, matahari. Ke mana sahaja anda pergi, anda berada di sana, menunggu diri anda sendiri.” Kepercayaan bahawa segala-galanya di alam semesta ini membentuk satu Tuhan abstrak dipanggil Panteisme. Perkataan Panteisme terbentuk daripada Bahasa Yunani: πάν (pan) yang bermaksud segala dan θεός (theos) iaitu Tuhan. Dengan erti kata lain "Tuhan adalah Segalanya" dan "Segalanya ialah Tuhan".  Seperti Panteisme, orang Melayu dahulu sebelum kedatangan agama Hindu dan Islam mempercayai roh alam yang dipanggil Tuh. Malah perkataan "Tuhan" itu sendiri berasal daripada Tuh yang diberi akhiran "an". Tuh ialah roh alam atau semangat tunggal yang hidup bersekutu dengan alam. ...

Ulama Amerika Sheikh Dr Yasir Qadhi: Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie

Imej
 Seorang ulama terkenal Amerika, Sheikh Dr Yasir Qadhi, pada tahun 2019 dalam ceramahnya tentang tanda-tanda akhir zaman, berkata yang Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie. Ini kerana dia tidak dapat menerima pandangan klasikal Islam tentang Yakjuj dan Makjuj yang banyak masalah. Yasir Qadhi mengaku yang masalah ini menyebabkan ada Muslim yang keluar daripada Islam kerana cerita-cerita tidak masuk akal dalam sumber sahih Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj. Antara masalah tafsiran klasikal Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj mengikut Yasir Qadhi adalah dia sukar mempercayai Yakjuj dan Makjuj itu dikurung di sebalik tembok selama beribu-ribu tahun lamanya di suatu tempat oleh Zulqarnain. Bagaimana struktur tembok ini boleh bertahan beribu-ribu tahun lamanya? Sedangkan tembok besar China pun perlu diperbaiki. Tambahan pula segala muka bumi ini telah dipetakan oleh satelit dan sebagainya dan mereka tidak menjumpai pun tembok dan kaum yang dikurung dipanggil yakjuj dan makjuj. Kata Yasir Qad...

Jenayah, korupsi dan agama

Imej
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan isu korupsi. Kali ini skandal pemerolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menelan kos RM9 bilion. Seorang bekas pegawai Boustead Naval Shipyard yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Laut didakwa melakukan pecah amanah lebih RM21 juta. Dia tidak mengaku bersalah. Tidak dapat dinafikan korupsi itu berlaku di mana-mana, namun adakah agama dijadikan justifikasi untuk korupsi, dan jenayah? Ironinya ramai Muslim yang berpendapat agama itu menghalang melakukan perbuatan korupsi dan jenayah. Tapi sepanjang sejarah Islam, kita diberitahu bahawa antara sebab Khalifah Uthman, salah seorang khalifah rashidun, dibunuh kerana amalan korupsi. Terdapat juga beberapa ajaran Islam yang agak bermasalah kepada saya yang bagi saya mendorong kepada berlakunya korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Ini seperti ajaran yang Muslim itu walau sejahat mana pun akan masuk syurga selagi dia mengakui keesaan Allah. Satu perkara lagi, kebanyakan Muslim tidak beg...

10 Muharram, pengusiran Adam dan Hawa, dan buah khuldi khayalan

Imej
Umat Melayu-Islam baru sahaja menyambut 10 Muharram atau Hari Asyura dengan berpuasa dan memasak bubur Asyura. Tradisi berpuasa pada 10 Muharram meneruskan tradisi berpuasa yang diamalkan oleh orang Quraish musyirikin lama sebelum Islam. Selain hari golongan Syiah memukul-mukul dan mencederakan badan mereka, dikatakan Nabi Adam diterima taubatnya pada 10 Muharram kerana memakan buah khuldi. Menurut sumber-sumber Islam, Adam dan Hawa diusir dari syurga kerana makan buah khuldi larangan Allah. Katanya larangan itu adalah sebagai ujian daripada Allah. Sebenarnya saya ada masalah dengan cerita ini. Pertamanya kenapa dalam semua benda, kenapa dilarang memakan sejenis buah yang dinamakan khuldi? Tak adakah cara kreatif lain untuk menunjukkan atau menguji ketaatan manusia bernama Adam dan Hawa itu? Kalau Allah yang dikatakan Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil dan maha segala-galanya, kenapa sanggup mengusir makhluk kesayangan ciptaannya semata-mata kerana memakan buah? Seteru...