Catatan

Antara Allah dan Alien

Imej
Terkini beberapa media bukan perdana di Amerika Syarikat melaporkan seorang pembocor maklumat atau whistleblower bernama David Charles Grusch mendakwa kerajaan AS menyimpan kapal angkasa yang bukannya berasal daripada manusia. Dengan kata lain, kerajaan AS menyimpan kapal angkasa kepunyaan alien dan dikatakan telah melakukan reverse engineer untuk kegunaan ketenteraan. Grusch yang juga merupakan bekas pegawai perisikan ketenteraan berkata dia telah memaklumkan program rahsia kerajaan AS itu kepada Kongres. Boleh baca beritanya di sini , dan di bawah. Dalam UFO, alien dan masa depan agama , saya menggambarkan ulama Islam tidak bersedia untuk berhadapan dengan fenomena alien. Hujah paling kuat mereka adalah alien ini berkemungkinan jin. Berbanding Pope yang pada tahun 2014 berkata dia akan membaptiskan alien jika alien itu muncul di Vatican dan meminta untuk dibaptiskan. Di mana buktinya? Masyarakat masih skeptikal tentang kewujudan alien. Meskipun Grush mendakwa sudah memberikan bukti ...

Tuhan berdevolusi menjadi manusia, manusia berevolusi menjadi tuhan

Imej
Saya memahami mengapa kebanyakan Muslim tidak mempercayai teori evolusi Darwin yang mengatakan manusia dan monyet itu mempunyai leluhur sepunya (common anchestor). Saya sekarang pun sedang membaca buku dan artikel serta menonton apa sahaja yang berkaitan dengan evolusi ini. Kita mahu mempercayai bahawa kita adalah makhluk istimewa yang dicipta untuk mempunyai tujuan hidup di dunia ini. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara random atau rawak, mana mungkin manusia itu istimewa dan tuhan itu tidak wujud. Dalam entri saya bertajuk Meneroka idea-idea penciptaan manusia , saya menyentuh sedikit tentang kewujudan teori yang bertentangan dengan teori evolusi oleh Darwin iaitu Intelligent Design. Mengikut Intelligent Design (ID), kejadian manusia dikatakan bukan berevolusi daripada proses pemilihan semula jadi tetapi berlaku disebabkan reka bentuk pintar. Walaupun pendokong ID yang mendokong sains tidak secara langsung menyebut tuhan, secara tidak langsung sesuatu reka bentuk pintar memerlukan p...

Politik kalimah Allah

Imej
Kecoh apabila kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menarik balik rayuan dalam kes mahkamah tentang penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Maka berduyunlah parti politik berasaskan Melayu dan Islam, persatuan-persatuan, lebai, dan warga maya yang membantah penarikan balik rayuan kerajaan ini dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama. Kononnya umat Melayu Islam akan menjadi keliru dan menukar agama kepada agama Kristian kerana Bible dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah untuk tuhan. Alkisah isunya bermula pada era Mahathir Apa yang saya faham, isunya bermula pada zaman pemerintahan Mahathir Muhammad pada tahun 1986. Kabinet pada masa itu membenarkan penganut Kristian menggunakan beberapa perkataan seperti syukur, doa, iman, ibadah oleh penganut agama Kristian. Sementara empat perkataan Arab iaitu Allah, Baitullah, Kaabah dan solat, tidak dibenarkan. Tetapi hendaklah ditulis "Untuk agama Kristian" pada kulit muka depannya. Namun pada tahun sama, Kementerian Dal...

Meneroka idea-idea penciptaan manusia

Imej
Topik kali ini berkaitan penciptaan alam, terutamanya manusia. Sekurang-kurangnya ada dua teori utama dalam hal ini iaitu creationism dan evolusi Darwin. Jujurnya saya masih kurang berpengetahuan mengenainya tapi saya perlu mencatat dan memulakannya perbincangan mengenainya kerana ia ada berkaitan dengan pencarian makna dan tujuan kehidupan bagi kebanyakan orang. Tulisan ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, bukannya satu tulisan akademik.  Tulisan ini lebih kepada galakan untuk kita terus mencari dan mempersoalkan perkara-perkara yang masih belum terjawab kerana tidak dapat dibuktikan. Mana mungkin kita dapat mendapat jawapan evolusi satu spesis selama berjuta-juta tahun kepada suatu spesis yang lain kerana hayat kehidupan kita pun secara puratanya tidak mencecah 100 tahun. Begitu juga manusia masih tidak dapat membuktikan kewujudan satu kuasa agung yang mendakwa bahawa dia seorang yang menciptakan manusia dan alam ini selain daripada kata-kata dan tulisan daripada buku-buku l...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 5

Imej
Teringat bulan teringat Islam. Hari ini melihat anak bulan Syawal. Kalau muncul bermakna Hari Raya Puasa jatuh hari Jumaat dan jika sebaliknya hari Sabtu. Kisah aneh kali ini berkait rapat dengan bulan dan Islam. Islam begitu obsesi dengan bulan seperti gambar di atas. Abu Yusuf Al-Malizi ada menulis panjang lebar betapa tradisi melihat anak bulan ini suatu tradisi kuno dan menyusahkan di sini . Saya setuju kerana setiap tahun ia menjadi polemik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam lain seperti Pakistan. Jadi tulisan saya ini melihat pada sisi lain mengenai bulan. Mengapa penganut Islam begitu obses dengan bulan? Apakah peranan bulan dalam sejarah awal Islam dan bangsa Arab di tanah Hijaz? Terdapat teori, katanya berasal seawal tahun 1901 oleh pakar arkeologi Hugo Winckler, yang Allah sebenarnya tuhan Hubal yang juga tuhan bulan yang disembah oleh masyarakat Arab pagan sebelum Islam. Teori ini kemudian dipopularkan oleh apologis Kristian pada tahun 1990-an sehinggal...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 4

Imej
Berapa banyak mata ganjaran sudah anda kumpul untuk ke syurga? Kisah aneh mengenai bulan Ramadan kali ini tentang ganjaran berlipat kali ganda. Seperti biasa apabila masuk bulan Ramadan  banyaklah iklan meminta Muslim membuat banyak amal kebajikan. Kononnya sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam bulan puasa ini seperti bersembahyang terawih, bertadarus Quran dan bersedekah, maka pahala didapati akan berlipat kali ganda berbanding pada bulan-bulan biasa. Selain itu mereka digalakkan mencari malam Lailatul Qadar yang kononnya lebih baik daripada 1,000 bulan. Jadinya bulan Ramadan ini seperti lubuk untuk mengumpul banyak pahala, analoginya seperti mengumpul banyak poin untuk ditebus di akhirat nanti!  Dalam satu hadis riwayat, Muhammad berkata mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian meneruskan berpuasa sunat enam hari bersamaan puasa selama setahun. Dalam logik matematik mata ganjaran mereka, seperti yang dikatakan ulama besar Islam Imam Nawawi:  “Ganjarannya ...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 3

Imej
Malaikat atau syaitan? Hari Sabtu ini 8 April 2023 merupakan hari Nuzul Quran. Perkataan Nuzul Quran memberi maksud penurunan Quran. Kononnya Quran diturunkan pada malam ini dan kerana itulah bulan Ramadan dianggap istimewa, selain bulan berpuasa. Dalam kisah atau naratif standard Islam, Muhammad menerima lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq selepas bertapa di Gua Hira. Turunnya Quran dikatakan berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan pada tahun 610 masihi. Apa yang anehnya tentang kisah penurunan Quran? Selain kekeliruan yang saya tulis sebelum ini mengenai Surah Al-Qadar, apabila Quran dikatakan turun pada Malam Qadar (Lailatul Qadar), tulisan kali ini ingin menyentuh mengenai keanehan Muhammad menerima wahyu daripada perantara malaikat Jibrail. Ringkasnya, mengikut kisah oleh naratif standard Islam, Muhammad pergi ke Gua Hira untuk bertapa. Pada malam itu, Muhammad mendakwa didatangi oleh makhluk bersayap. Makhluk itu menyuruhnya untuk membaca. Muhammad berkata dia tidak boleh memba...